Wednesday, November 4, 2015

TELEKUNG WEEDA TELEKUNG LYCRA KANAK-KANAK KOD T01-T07


Harga : RM69.00 tidak termasuk pos




Telekung Weeda, Telekung Lycra untuk Kanak Kanak.
Telekung ini sesuai untuk anak berusia 4 tahun hingga 12 tahun.
Pastikan anda merujuk JADUAL SAIZ dahulu sebelum membeli telekung
Telekung Weeda, Telekung Lycra untuk Kanak Kanak.
Telekung ini sesuai untuk anak berusia 4 tahun hingga 12 tahun.
Ada 6 pilihan design yang menarik dan setiap design ada 2 saiz iaitu M dan L


KISAH SI ANAK COMEL BERNAMA DHIA
“Mama beli apa tu? Dhia nak satu juga boleh?”
“Mama tengah pilih telekung. Dhia pandai ke pakai telekung ni? Dia bukan solat pun. Mama tak pernah nampak pun.”
.
“Dhia pandai lah mama. Nanti Dhia solat lah. Kan cikgu dekat sekolah ada ajar. Boleh lah Mama. Dhia nak satu ya.” Ujar Dhia separa merengek.
“Betul ni? Kalau dah beli, kena solat tau.”
.
Dhia angguk serta merta. Laju tangan dia pilih telekung mengikut warna kegemaran. Riak wajah dia sangat gembira. Comel betul dengan senyuman di bibir.
.
“Dhia pilih warna sama Mama boleh? Nanti kita solat sama-sama tau Mama!”
.
Senyum. Itu perbualan dua orang anak beranak. Tak jauh dari saya. Saya tercuri dengar sebab sama sama tengah pilih telekung bersama dengan Mama Dhia.
.
Dhia masih kecil. Umur Dhia dalam lingkungan umur pelajar sekolah rendah. Mungkin Darjah 2 atau Darjah 1 pada pandangan saya. Kecil tapi mulut dia petah. Orang beli telekung, dia pun nak juga. For good, Alhamdulillah.
.
Anak sebesar tu dah pandai nak solat macam orang besar. Kalau saya jadi Mama dia, ya Allah bersyukurnya. Terus buat sujud syukur agaknya. Entah kenapa zaman sekarang ni lain benar perasaannya pada saya. Tak macam zaman saya kecil. Kalau tak solat, habis kena rotan.
.
Tapi zaman sekarang, ramai mak ayah yang kurang titik berat isu ni. Sanggup hantar anak tusyen mahal-mahal tapi soal agama entah ke mana. Saya tak begitu risau tentang formal education. Belajar pandai pandai bukan suatu isu pada saya. Tapi kalau dapat anak yang belajar pandai, itu bonus. Alhamdulillah.
.
Pada saya, zaman sekarang kena titik berat lebih pada isu agama. Terutamanya kanak-kanak. Semai dari kecil lebih mudah daripada nak betulkan apabila dia dah besar. Seram bila tengok ramai yang educated tetapi cetek ilmu agama. Tak kenal sejadah. Terlupa cara pakai telekung. Nauzubillah. Bila kita tanya, dia kata masa kecil mak ayah tak pernah dedahkan.
.
Bila ingat balik, apa lah sangat duit yang kita laburkan tu bila kita dapat semai fahaman tentang betapa pentingnya solat tu sejak dia kecil. Nilai tu yang lebih penting. Supaya dalam masa dia membesar, dia seronok untuk terus solat hari hari.
Ada yang kata membazir belikan anak telekung cantik dan mahal. Sedangkan dia anak kecil. Beli saja yang biasa. Ya memang betul, tapi konsep memikat kan lebih mesra. -- Beli ikut kesukaan dia, dia akan seronok nak buat.
Sama juga dengan solat. Apa salahnya pikat anak dengan beli telekung ikut kegemaran dia, in sha Allah dia akan rajin dan seronok untuk solat hari hari. In fact, dia boleh buat tanpa disuruh. Masa tu kita pula yang senyum sendiri.
Kena beli telekung tiap tahun pun tak jadi masalah kut, demi pendidikan rohani dia.
Dalam banyak-banyak telekung kanak-kanak, jenama Weeda ni yang paling selesa kain dia. Lembut, sejuk dan tak rimas untuk anak kecil pakai. Plus dia warna warni. Ada tone warna. So dia boleh pilih ikut warna kegemaran dia. Nak pink ke purple ke semua ada. Kain pun tak terlalu labuh dan memang comel bila budak pakai. Harga kat pasaran mungkin dalam RM69 macam tu. Boleh pergi cari harini.
Sebenarnya hanya tuhan yang tahu perasaan kita bila bagi salam lepas solat tengok anak kita senyum dengan telekung dia

No comments:

Post a Comment