Sunday, November 8, 2015

ET78-KNOB PUZZLE ABC GAJAH Harga RM20

ET78-KNOB PUZZLE ABC GAJAH

Salah satu aktiviti yang boleh melibatkan ahli keluarga bermain bersama adalah permainan puzzle kayu. Ajaklah anak-anak kecil anda bermain permainan ini. Walaupun rumah akan bersepah dengan puzzle tersebut tetapi ia dapat merangsang minda mereka lebih cerdas dan pintar.

Ada banyak kelebihan bermain puzzle, antaranya ialah:

1. Satu permainan yang boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja pada apa jua peringkat umur. Jadi, ia adalah satu aktiviti santai keluarga yang menyeronokkan.

2. Ia juga dapat membantu koordinasi mata dan tangan anak-anak dan memudahkan dia untuk belajar membaca nanti.

3. Puzzle membantu otak kanan dan kiri saling berhubung dan meningkatkan keupayaan untuk belajar dan menjadi anak yang pintar.

4. Perasaan apabila menyambungkan walau sekeping puzzle di slot yang betul pasti mengujakan sesiapa sahaja.

Sekiranya anda tidak pernah bermain permainan ini, apa kata lakukan ia sebagai aktiviti bersama keluarga di masa lapang. Anak-anak pasti teruja. Mulakan dengan jenis puzzle yang mudah terlebih dahulu sekiranya usia anak-anak masih kecil.

Kemudian bila sudah cekap, anda boleh bertukar kepada puzzle yang lebih mencabar. Pasti ia lebih menyeronokkan.
Saiz : 22cm x 29cm

No comments:

Post a Comment